Puisi Untukya

Sebenarnya ini bukan tentang kematianmu, bukan itu..
Karena,
aku tahu bahwa semua yang ada pasti menjadi tiada pada akhirnya,
dan kematian adalah sesuatu yang pasti,
dan kali ini adalah giliranmu untuk pergi,
aku sangat tahu itu..

Tapi yang membuatku tersentak sedemikian hebat,
adalah kenyataan bahwa kematian benar-benar dapat memutuskan kebahagiaan dalam diri seseorang,
sekejap saja, lalu rasanya mampu membuatku menjadi nelangsa setengah mati,
hatiku seperti tak di tempatnya,
dan tubuhku serasa kosong melompong, hilang isi..

Kau tahu sayang,
rasanya seperti angin yang tiba-tiba hilang berganti kemarau gersang.

Pada airmata yang jatuh kali ini,
aku selipkan salam perpisahan panjang,
pada kesetiaan yang telah kau ukir,
pada kenangan pahit manis selama kau ada,
aku bukan hendak megeluh,
tapi rasanya terlalu sebentar kau disini.
Mereka mengira aku lah kekasih yang baik bagimu sayang,

tanpa mereka sadari,
bahwa kaulah yang menjadikan aku kekasih yang baik.
mana mungkin aku setia padahal memang kecenderunganku adalah mendua,
tapi kau ajarkan aku kesetiaan, sehingga aku setia,
kau ajarkan aku arti cinta, sehingga aku mampu mencintaimu seperti ini.

Selamat jalan,
Kau dari-Nya, dan kembali pada-Nya,
kau dulu tiada untukku, dan sekarang kembali tiada.
selamat jalan sayang,
cahaya mataku, penyejuk jiwaku,
selamat jalan, calon bidadari surgaku..

Romantik itu Sunnah Rasulullah S.A.W :)

Sebut saja romantik, anak muda mula tertarik hati. Mungkin yang diketahui romantik sesama ‘couple’…No..No..No..ini romantik sesama pasangan suami isteri.. Apa lagi…Jom ramai-ramai kita pakat kahwin. Isy..Isy..best oo kahwin…kalau tak percaya..cubalah kahwin :) .

Rasulullah SAW adalah gedung segala sifat-sifat kesempurnaan yang sukar dicari tandingannya. Allah membimbing baginda dengan didikan-Nya yang terbaik. Sehingga Allah berfirman kepada baginda seraya memuji baginda di dalam surah al-Qalam ayat 4 bermaksud : “Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung”.

Sifat-sifat yang sempurna inlah yang membuat jiwa manusia merasa dekat dengan Rasulullah SAW. Membuatkan hati mereka mencintai baginda. Menmpatkan baginda sebagai tumpuan hati. Bahkan berapa ramai yang dahulunya bersikap keras dengan Nabi SAW berubah menjadi lembut dan akhirnya masuk Islam setelah terpanah kemuliaan akhlak dan budinya baginda Nabi SAW.

Kemuliaan ini bukan sekadar lakonan di hadapan manusia. Namun dibuktikan oleh insan pendamping baginda. Meneliti satu persatu perbuatan, pertuturan dan lenggok gayanya. Mereka ialah serikandi rumahtangga baginda Nabi SAW. Sehinggakan kemuliaan akhlak seorang suami bernama Muhammad bin Abdullah tidak dapat digambarkan oleh Aisyah RA, lalu menisbahkan akhlaknya dengan akhlak kitab suci al-Quran.

Walaupun Rasulullah seorang panglima perang, pemimpin tertinggi umat Islam, namun di sisinya terdapat nilai kasih sayang dan jalan kisah yang cukup romantis antara baginda dan isteri-isterinya. Namun berapa banyak sunnah ini dilupakan lalu suami masakini menggambarkan dirinya bagaikan pemegang kuasa keluarga yang perlu sentiasa kelihatan bengis dan penuh egois.

Siapalah kita berbanding Rasulullah SAW yang jauh kedudukannya lebih mulia dari segala manusia. Namun atas tawaduk dan romantisnya baginda membuatkan umat yang membaca kisah cinta baginda bersama isterinya seolah sedang menghayati novel cinta romantik.

Diberitakan bahawa Rasulullah pernah bermandi air cinta bersama isterinya. Dalam Sahih Bukhari diriwayatkan bahawa  Aisyah berkata bahawa : “Aku sering mandi bersama Nabi Muhammad dari satu bekas air yang disebut al-faraq.” Perbuatan Nabi mandi bersama Aisyah tanpa sebarang tabir penghalang menunjukkan ianya satu sunnah. Terutamanya setelah melakukan hubungan intim sesama pasangan.

Romantik gaya Rasulullah SAW boleh diteladani. Walaupun hidup suami isteri masa kini sentiasa disibukkan dengan pekerjaan. Kita juga boleh mengambil sunnah-sunnah romantik Rasulullah SAW bermula dari sebelum keluar bekerja.

Sebagai contoh menghantar isteri ketika hendak keluar rumah seperti yang dilakukan oleh Nabi SAW kepada isterinya Shafiyyah binti Huyay sehinggakan Nabi SAW berkata “Jangan terburu-buru hingga aku mengiringimu (menemani sampai ke pintu)”. Hadis Bukhari dan Muslim. Bahkan Nabi SAW turut membantu isterinya menaiki kenderaan. Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim menceritakan bahawa “Nabi Muhammad SAW duduk di sisi unta baginda. Kemudian baginda menekukkan lututnya. Lalu isteri baginda Shafiyyah meletakkan kakinya di atas lutut Nabi Muhammad SAW hingga naik atas unta”. Bukankah ini sesuai dipraktikkan dengan membuka pintu kepada isteri seperti zaman memikat isteri dahulu. Ataupun sekali sekala membonceng isteri di belakang seperti dalam riwayat Bukhari yang menyatakan Anas bin Malik menceritakan bahawa ketika pulang dari perang Khaibar salah seorang isteri Rasulullah membonceng di belakangnya.

Apabila waktu cuti hujung minggu atau di malam hari, bawalah isteri bersiar-siar. Ini bukanlah sekadar tips dari seorang pakar motivasi. Namun ianya merupakan suatu sunnah romantis Nabi SAW bersama isterinya. Diberitakan dalam Sahih Bukhari dan Muslim bahawa “Rasulullah apabila datang waktu malam, baginda berjalan bersama Aisyah dan berbincang-bincang dengannya”. Malah apabila baginda ingin keluar baginda akan mengundi siapa yang akan menemaninya untuk keluar bersama. Malah Rasulullah juga membawa Aisyah untuk makan bersama di luar. Sehinggakan suatu ketika Nabi pernah menolak pelawaan jirannya yang berbangsa Parsi untuk makan di rumah mereka sekiranya isterinya Aisyah RA tidak turut diundang bersama. (Hadis riwayat Muslim) Untuk menambahkan romantis terhadap isteri, disarankan suami menyuap sendiri makanan ke mulut isterinya. Sepertimana dalam sahih Bukhari dan Muslim sabda Nabi SAW : “Sesungguhnya apapun yang kamu nafkahkan, maka hal itu adalah sedekah hingga suapan yang kamu suapkan ke mulut isterimu.” Walaupun hadis ini berkisar tentang pemberian nafkah, namun bukankah menjalin ikatan romantik antara suami isteri itu satu tuntutan.

Romantik sesama suami isteri ini semakin malu untuk diamalkan. Mungkin bagi yang sudah lama berkahwin akan bertambah rasa jelik bermadu kasih dengan isterinya. Namun jika diteliti, sebenarnya sikap romantis ini adalah datang dari Nabi SAW. Sayang apabila kita lebih malu mengamalkan sunnah romantis sesudah berkahwin sedangkan kita tanpa segan silu melakukannya sebelum ianya dihalalkan.

Sebenarnya, gambaran seorang suami yang garang dan bengis bukanlah suatu yang datangnya dari agama. Nabi SAW tidak mendidik para isteri untuk takut kepadanya. Namun didikan sebagai pemimpin rumahtangga yang hebat membuatkan rasa takut itu bertukar menjadi lebih menghormati. Nikmat suasana percintaan itu lebih dihargai apabila suami turut meluang masa bergurau senda dan bermesra seakan-akan baru sehari diijabkabulkan.

Belaian terhadap isteri dapat memupuk kasih antara sesama pasangan. Nabi SAW dalam satu riwayat Ahmad berkata bahawa “ Rasulullah tidaklah setiap hari melainkan baginda selalu mengunjungi isteri-isterinya seorang demi seorang. Rasulullah menghampiri dan membelai mereka secara bergantian”. Adakalanya romantisnya Nabi SAW sehinggakan beliau sengaja bermanja dengan menyandarkan kepalanya kepangkuan isterinya sepertimana yang dipertuturkan Aisyah RA dalam Sahih Bukhari bahawa “Nabi SAW membaca al-Quran (mengulang hafalan) dan kepalanya berada di pangkuanku sedangkan aku dalam keadaan haid”. Bahkan amalan ini berlarutan sehingga detik-detik akhir hayat Rasulullah SAW. Aisyah berkata “ Ketika maut menghampiri Rasulullah SAW, kepala baginda berada diatas pahaku.”Ada suatu hari ketika Aisyah sedang asyik menyaksikan kanak-kanak bermain bersama ibu mereka, datang baginda Nabi SAW mengangkat Aisyah. Lalu baginda mendukung Aisyah di belakang beliau. Aisyah menuturkan bahawa : “Baginda mendirikanku di belakang dan pipiku di atas pipi baginda. Ku letakkan bahuku di atas bahu Rasulullah SAW”. (Bukhari dan Muslim). Begitu juga isteri Nabi SAW sentiasa mendapat kucupan mesra daripada Nabi SAW ketika ingin pergi ke masjid.

Rasulullah bukan seorang yang kaku dan keras. Ia juga seorang manusia yang mempunyai emosi tersendiri. Pemergian baginda telah membuatkan kehangatan rasa rindu di kalangan isterinya. Dikala isteri kesunyian, hadirnya mengungkap keriangan. Sewaktu isteri dalam kedukaan, baginda bukanlah sekadar pemerhati. Namun baginda juga sebagai ubat kedukaan dan kesakitan. Diriwayatkan dari Aisyah bahawa : Nabi Muhammad SAW adalah orang yang penyayang lagi lembut. Baginda akan menjadi orang yang sangat lembut dan paling banyak menemani ketika isterinya sakit.” (Bukhari dan Muslim) Hadirnya Nabi SAW mengubat hati para isteri.

Baginda paling banyak bergurau senda bersama isterinya. Suatu hari datang Saodah (salah seorang isteri Nabi SAW) kerumah Aisyah. Lalu Nabi SAW duduk diantara Aisyah dan Saodah dan meletakkan kaki beliau diatas pangkuan mereka. Ketika Aisyah menjemput Saodah makan, ia menolaknya kerana tidak berselera. Lalu Aisyah berkata : “(Demi Allah), makanlah atau aku akan mengotori wajahmu”. Saodah menolak dengan berkata : Aku tidak akan memakannya”.Lalu Aisyah mengambil makanan dan disapukan ke wajah Saodah. Rasulullah SAW tertawa. Kemudian Rasulullah menyuruh Saodah membalas semula dengan mengotori wajah Aisyah. Setelah Saodah mengotori wajah Aisyah, Rasulullah terus tertawa. (an-Nasai’e, Ibn Abi Dunya) Kisah ini merupakan senda gurau Nabi SAW bersama isteri-isterinya. Pernah juga Rasulullah memujuk Aisyah untuk menghilangkan marahnya dengan sengaja memegang hidung Aisyah seperti dalam riwayat Ibnu Sunni.

Begitu romantisnya rumahtangga Rasulullah SAW. Mungkin inilah rahsia cinta sejati yang kekal ke akhir hayat Nabi SAW. Beramah mesra, bergurau senda, belaian dan sentuhan. Sehinggalah ayat-ayat cinta terukir dari bibir seorang Nabi dengan memanggil panggilan manja terhadap isterinya. Suara indah memanggil “Ya Humaira” kepada Aisyah yang bermaksud “Wahai si putih kemerah-merahan atau Mawar merah”. Membuatkan ikatan itu lebih intim. Adakalanya Nabi SAW memanggil Aisyah dengan singkatan manja “Ya Aisy” yang bermaksud kehidupan ketika mana beliau menyampaikan salam daripada Malaikat Jibril untuk Aisyah RA. Dengan membuang huruf terakhir itu menunjukkan besarnya rasa cinta, kemanjaan dan kesayangan yang ditonjolkan dari Nabi SAW.

Sesungguhnya bersikap romantis sesama isteri itu adalah sunnah Nabi SAW. Kita berharap dengan sunnah ini dapat memupuk ikatan yang lebih erat antara sesama pasangan. Bukanlah sunnah ini suatu yang perlu dimalukan untuk diamalkan. Kepada suami, ayuh mengikut petunjuk Nabi dalam berkasih sayang sesama isteri. Andai isteri berasa pelik dari mana datangnya sikap romantis seorang suami. Adakah suami baru sahaja selesai menamatkan buku novel cinta Romeo dan Juliet. Jawablah dengan manja. Romantis ini bukan dari novel biasa, namun romantis ini datangnya daripada hadis Nabi SAW.

Islam Dan Kasih Sayang

Seseorang yang memiliki budi pekerti mulia disukai oleh semua orang. Sebaliknya, orang yang buruk akhlaknya dibenci. Demikianlah sifat fitrah semua manusia tanpa mengira latar belakang agama. Oleh itu, Islam memerintahkan penganutnya supaya mengikis sifat yang tercela dan mengisinya dengan segala sifat terpuji. 
Sifat terpuji melambangkan kesempurnaan Islam seseorang. Di antara sifat terpuji ialah berbuat baik dan menjaga hubungan persaudaraan sesama manusia. Diriwayatkan daripada Anas bin Malik bahawa Nabi Muhammad saw bersabda bermaksud: "Tidak sempurna iman seseorang itu, sebelum dia mengasihi saudaranya atau baginda bersabda: Sebelum dia kasihkan jiran tetangganya, sebagaimana dia kasihkan dirinya sendiri." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Dalam melakukan kebaikan, Islam tidak mengamalkan dasar diskriminasi. Lantaran itu perintah berbuat baik tidak hanya ditujukan kepada sesama Muslim, bahkan bukan Islam. Ringkasnya, perintah melakukan kebaikan dan berbuat kebajikan merentasi batas akidah seseorang.
Jika kita ingin mengambil contoh orang yang memiliki akhlak mulia, maka baginda adalah contoh terbaik. Firman Allah bermaksud: "Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan yang baik) hari akhirat serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)." (Surah al-Ahzab, ayat 21).
 Ketinggian akhlak baginda disifatkan sebagai akhlak al-Quran. Bahkan, baginda diutuskan untuk menyempurnakan akhlak mulia. Baginda juga menzahirkannya melalui amalan. Dengan sifat sabar yang dimiliki baginda, menyebabkan seorang wanita Yahudi yang sering mengotori baginda saban hari memeluk Islam. Baginda juga menziarahi seorang Yahudi yang dalam keadaan sakit sehingga akhirnya Yahudi itu memeluk Islam. 
Seorang Muslim juga diperintahkan untuk berbuat baik kepada keluarganya yang bukan Muslim. Pertalian kekeluargaan yang sedia ada harus dipertahankan kerana keIslaman seseorang bukanlah alasan untuk memutuskan segala pertalian dengan keluarga asal.
Sebaliknya kita diperintahkan untuk terus menjalin hubungan yang baik. Diriwayatkan daripada Abdullah bin Zubir katanya: "Qutailah binti Abdul Uzza yang masih musyrik datang mengunjungi anaknya, Asma' binti Abu Bakar dengan membawa beberapa hadiah. Asma' enggan menerimanya bahkan tidak membenarkannya ibunya masuk. Asma' meminta Aisyah bertanya kepada Rasulullah mengenai perkara itu. Lalu Rasulullah menyuruh Asma` supaya menerima hadiah itu dan menyuruh ibunya masuk ke dalam rumah."(Hadis riwayat Ahmad bin Hanbal).
Berdasarkan hadis itu, nyatalah bahawa Islam menyuruh untuk berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa yang bukan Islam, selagi ia tidak bertentangan dengan norma Islam. Allah berfirman yang bermaksud: "Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan dengan-Ku sesuatu yang engkau dengan fikiran sihat engkau tidak mengetahui sungguh adanya, maka janganlah engkau taat kepada mereka. Dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang yang rujuk kembali kepada-Ku (dengan Tauhid dan amal yang salih) kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu kerjakan." (Surah Lukman, ayat 15)
Daripada penjelasan itu, dapatlah diambil kesimpulan bahawa menjalin hubungan yang baik dengan sesama manusia tanpa mengira agama seseorang adalah anjuran Islam. Sifat itu juga mencerminkan wajah sebenar ajaran Islam iaitu ajaran yang berlandaskan kasih sayang dan toleransi.
Sumber:
Berita Harian, Sabtu (4 Januari 2003)
Allahu Ta'ala a'lam...

 

Cintaku Milikmu

Ketika diri ini mengenali dirimu, diriku terpaut dengan keikhlasan dirimu, ketika hati ini merasai kasih sayangmu diriku terpesona dengan kelembutan cintamu, ketika hati ini melihat cintamu diriku dihanyutkan gelora rindu buatmu. Kasih sayangku hanya untukmu, cintaku milikmu dan kasihmu milikku.

 

Apa yang ku ukirkan disini adalah kasih sayangku yang tercipta untukmu, rinduku makin mekar dalam lembayung kasihmu. Ku ungkapkan cintaku padamu, ku amat menyayangi dan merinduimu untuk hari ini, esok dan selamanya.

*****

 

 

“Awal eyra bangun, eyra nak pergi mana nih?, eyra masih marahkan abang lagi ke, abang minta maaf jika kelakuan abang membuat eyra sakit hati, abang bukannya sengaja tiba-tiba je mulut ini tidak pandai duduk diam”, usik hasrul.

 

“Tak apalah bang, memang dah nasib eyra, selalu kena cuci telinga dengan suami yang garang macam singa”.

 

“Dah besar panjang pun selalu merajuk, macam mana kalau nanti dah jadi ibu mungkin lagi teruk perangai, hasrul sengaja menyindir eyra ?”, hai isteri aku nih kalau merajuk bertambah cantik, hasrul tersenyum sengeh.



Hati tuh Allah yang pegang, kan?

Hati tuh Allah yang jaga, kan?

Hati tuh senang sahaja berubah, kan?

Hatta dalam sekelip mata, ia mampu untuk berubah.


“Betul tak bang”, usik eyra.

 

“Memang betullah eyra , pandai isteri abang nih berkata-kata, boleh abang tahu kat mana eyra belajar madah bermadah nih, jomlah cerita sikit kat abang.



“Adalah bang, tapi itu rahsia, abang tak boleh tahu”, usik eyra.



“Alahai isteri abang nih berkira sangat dengan suami sendiri”, balas hasrul dengan penuh manja, entah kenapa perasaan sayangnya akhir-akhir nih sentiasa membara.

 

“Eyra nak pergi mana ? boleh abang ikut eyra tak, bosanlah asyik ditinggalkan isteri ”, hasrul sengaja nak menyakat isterinya, maklumlah hatinya dah berbunga cinta, susah nak lepaskan isterinya begitu saja.

 

“Abang nak ikut eyra buat apa ? , abang pergilah jumpa dengan kawan abang, eyra nak jumpa dengan kawan baik eyra, abang tak boleh ikut, kita nak berbincang pasal perempuan, abang kan lelaki mana boleh masuk campur , abang pergi main jauh-jauh”, saja eyra nak kenakan suaminya.

 

“Apa boleh buat kalau isteri sendiri dah halau abang, abang tinggal kat rumah je, malas abang nak lepak dengan kawan-kawan abang”.

 

“Semenjak bila abang tak nak keluar, dulu sebelum kawen bukan main abang  melepak tak tentu masa”, eyra merasa pelik semacam bila dengar suaminya malas nak keluar, suami aku nih dah merajuk ke.

 

“Abang ! eyra keluar dulu, nanti eyra akan balik awal  hari ini, eyra dah buat sarapan untuk abang, jangan lupa abang sarapan dulu sebelum keluar”. Eyra memperingatkan hasrul yang selalu lupa kalau dah bab makan.

 

“Boleh tak temankan abang sarapan dulu baru eyra keluar, malas abang sarapan sendiri, boleh tak isteri ku tersayang”.

 

Sejak bila suami aku nih nak aku teman kan, biasanya kita sarapan buat hal masing-masing tak berteman, tak pernah berdua, dah buang tabiat agaknya suami kesayangan aku nih, kasihan pulak aku dibuatnya, baik aku temankan dia dulu nanti merajuk , aku juga yang susah.



******



Eyra tersenyum bila melihat kawan baiknya dari jauh lagi sambil melambai tangan kepadanya, rindunya dah semakin mendalam terhadap hanis, semenjak dia berkawen, belum pernah lagi dia bertemu dengan kawan baiknya itu. Hari ini terlerai juga segala kerinduannya terhadap hanis.

 

Hanis dari jauh tersenyum bahagia bila melihat kelibat eyra menuju ke arahnya, mimpi apa eyra jumpa aku hari ini, semenjak berkawen baru je hari ini dia jenguk aku, buat apa aku mengeluh, mestilah eyra sibuk menguruskan hasrul, tak kan nak jumpa dengan aku selalu, detik hati kecil hanis berkata.

 

“Hai kawan, long time no see, rindu rasanya eyra mengungkap kata rindunya pada hanis, boleh tak aku peluk  kau hanis, aku nak nangis nih”,sempat lagi eyra bermanja dengan hanis.

 

“Kita baru jumpa kau dah nak nangis, apalah kawan aku nih asyik sentimental, kau kenapa eyra ? kau ada masalah ke sampai kau nak nangis”, balas hanis.

 

“Aku mana ada masalah, kau nih hanis ada-ada sajalah, aku nangis sebab rindu sangat pada kau, kan kita dah lama tak berjumpa semenjak aku kawen, tak boleh ke aku nangis bila jumpa kau hanis”, usik eyra bila melihat hanis meremahkan tangisannya.

 

“Eyra kalau kau nak nangis, menangislah puas-puas, jangan sampai bila balik nanti, abang kau tanya kau kenapalah isteri aku nih bengkak matanya ?”, hanis menyindir eyra dengan tersenyum.

 

“Biarlah hanis, eyra tak kisah kalau mata eyra bengkak, yang penting aku dapat nangis depan kawan aku”.

 

“Macam mana hubungan kau dan hasrul ?,  dia layan kau macam mana ?, aku nampak kau nih dah berisi dan semakin cantik dan ayu, sempat lagi hanis memuji eyra, maklumlah wajah eyra hari ini semakin berseri-seri”.

 

“Aku biasa je, tak ada yang istimewa pun, aku dengan hasrul macam biasa, selalu bergaduh sampai perkara kecil pun kita nak gaduh ”, eyra senyum tersipu bila teringat insiden tadi pagi.

 

“Eyra yang kau tersenyum kambing tuh ada apa-apa ke,  cuba kau cerita kat aku, teringin sangat aku nak tahu ?”.

Usik hanis.

 

“Tak adalah hanis, aku teringat kejadian tadi pagi sebelum aku jumpa kau, sempat lagi aku bergaduh dengan hasrul, itu yang buat aku ketawa,  bila teringat aku kenakan hasrul tak tentu sebab terasa kasihan pula aku pada suami aku, macam manalah sekarang keadaanya”, sekarang baru eyra nak perasan dan bimbangkan hati suaminya.

 

“Alahai eyra, yang kau nak kenakan si hasrul tuh kenapa ? kau tak sayang lagi kat suami kau tuh ”, sengaja hanis mengusik eyra dengan soalan tuh dan sesungguhnya dia amat memahai sikap kawannya kat mulut je benci tapi dalam hati memang amat sayangkan hasrul.

 

“Siapa yang tak sayang suami oiitt hanis sayang,  mestilah aku sayang sangat, sampai akhir hayat, aku tetap sayangkan hasrul”.



“Sekarang giliran eyra nak bertanya ?, so macam mana dengan kawan aku nih ada perkembangan terbaru ke yang nak di kongsi bersama”.

 

“Sekarang kau macam mana hanis ? , kau dah kerja ke sekarang, macam mana adik dan nenek kau sekarang ?, kau dah ada teman lelaki tak, bila lagi aku nak rasa nasi minyak kau nih hanis”.

 

“Aduhai mak oii, banyaknya soalan ?, macam mana hanis nak jawab ?, hanis tersenyum bila mendengar soalan yang bertubi-tubi dari kawannya, membuat dia ketawa”.

 

“Jawablah satu persatu wahai cik  hanis, tak kan itu pun susah nak jawab ”, bising mulut eyra membuat hana tergelak.

 

Untuk pengetahuan puan eyra, sekarang nih aku dah bekerja, adik beradik aku masih tinggal dengan nenek aku, mereka semua sihat walafiat, dan untuk soalan kau tentang teman lelaki  itu susah nak jawab sebab sampai sekarang aku masih bujang lagi belum ada lelaki yang datang meminang, so dah puas hati sekarang ”, begitu lancar hanis menjawap tanpa tersekat langsung macam sesi temuduga nak cari kerja.

 

“Ya ke hanis, aku ingatkan tak lama lagi aku akan dapat makan nasi minyak, rupanya lama lagi, kau nak tunggu siapa hanis, ada sesiapa ke yang berkenaan di hati atau kau sengaja tak nak bagi tahu ”, eyra ingin  meneka apa yang tersembunyi di hati kawannya itu.

 

“Aku ada sesuatu nak bagi tahu , aku harap kau tak terkejut kata eyra seakan tak sabar nak berkongsi khabar gembira pada kawannya itu, kau tahu tak hanis aku dah mengandung sekarang mungkin dah sebulan agaknya”.

 

“Tahniah eyra, aku turut tumpang gembira dengan berita ini, patutlah aku nampak muka kau berseri-seri sekarang nih rupanya kau dah mengandung ”, syukur alhamdulillah hanis memanjat rasa bersyukur pada yang maha Esa kerana akhirnya eyra dapat merasa bahagia bersama lelaki yang di cintainya.

 

“Tapi aku rasa lain lah hanis, aku selalu merasa sakit teramat sakit kat pangkal rahim aku, terasa sakit sangat sampai terkadang aku tak dapat nak bertahan, entahlah mungkin pembawaan baby kut, aku tak pasti  kenapa ? tapi kalau boleh aku nak kau temankan aku pergi klinik nak check, aku takut nanti aku penyakit yang lain”.

 

“Baiklah eyra nanti kalau aku ada masa, aku akan temankan kau pergi jumpa doktor, mungkin perasaan kau je tuh maklumlah kau kan tengah mengandung, mungkin itu perkara biasa setiap wanita yang mengandung, tapi untuk pastikan tiada apa yang berlaku, kita mesti berjumpa doktor untuk mengetahui apa yang terjadi ”, hanis memberi saranan buat kawannya itu semoga dapat melegakan perasaan eyra buat masa ini.

 

“Baiklah hanis nanti kita  pergi jumpa doktor minggu depan, eyra dengan cepat mengingatkan hanis tentang itu maklumlah dia takut nanti tidak  ada masa, sebab hanis dah bekerja tenta sibuk selalu sedangkan dia hanya duduk di rumah tanpa buat apa-apa pun”. Sesekali eyra mengeluh kerana tidak bekerja hanya mengurus makan dan minum suaminya selalu sedangkan dulu dia memang berminat untuk bekerja.

 

“Aku janji akan temankan kau pergi jumpa doktor so jangan risau sanga nanti tak tentu sebab kesihatan kau pula yang terganggu, jangan fikir sangat tentang itu mesti tiada apa yang serius berlaku”, hanis pula merasakan sesuatu yang tak baik tapi ini mungkin perasaan aku je ketika ini.

******

 

Seperti yang dijanjikan mereka dah sampai di klinik, setelah mengambil nombor giliran, mereka duduk ditempat yang disediakan,  eyra dengan perasaan yang tak menentu tak sabar namanya untuk dipanggil.

 

“Puan eyra sharmila sila masuk, jururawat yang manis memanggil namanya dengan suara lembut”.

 

” Doktor berapa lama saya boleh tahu keputusannya”, eyra tak sabar ingin tahu dan dalam masa yang sama dia seakan takut dengan keputusan yang bakal diketahuinya, mungkin perasaan aku je ketika ini, usik hatinya.

 

“Dalam hal ini puan  kena  tunggu satu minggu lagi untuk kita mengetahui  dengan lebih lanjut apa keputusannya, saya harap yang puan akan bersabar, kalau dah ada keputusan nanti, saya akan hubungi puan secepat mungkin”.

 

“Macam mana eyra ?, dah tahu keputusannya,  janganlah risau sangat nanti baby kat dalam pun akan risau “, hanis cuba mententeramkan hati kawannya, sedangkan hatinya begitu risau sekali, tak sampai hati dia melihat eyra begitu resah sepanjang hari.

 

“Baiklah hanis, eyra akan bersabar menunggu keputusannya, semoga semuanya akan berjalan baik”, eyra cuba untuk mententeramkan hatinya sendiri.

 

*****

 

“Kenapa eyra ? tak bagi tahu abang yang eyra sakit, kenapa eyra sanggup merahsiakan semua ini? Sampai hati eyra buat abang begini ”, hasrul begitu sedih saat ini mengenangkan nasib isterinya tak begitu baik dan dia merasakan akan kehilangannya.

 

“Eyra minta maaf bang, tak terniat pun eyra nak simpan rahsia ini tapi eyra tak nak abang suruh eyra mengugurkan kandungan eyra, eyra tak sanggup bang, inilah satu-satunya permata yang bernilai buat eyra, eyra harap abang dapat maafkan eyra”.

 

“Tapi abang tak sanggup kehilangan eyra, eyra tahu tak yang selama ini, abang dah mula sayangkan eyra, tapi mengapa ? eyra sanggup buat abang begini” , saat ini hati hasrul begitu terseksa bila melihat isteri yang tersayang akan pergi hanya kerana ingin memberikan zuriat buat dirinya, ya Allah mengapa begitu berat dugaan yang kau berikan pada hamba mu ini tak tertanggung rasanya, hati kecil hasrul mengeluh.

 

Eyra begitu terharu bila mendengar pengakuan suaminya, tapi dia tak pernah menyesal mengambil keputusan ini, anak ini adalah anugerah yang paling indah yang dapat diberikannya pada suaminya hasrul lelaki yang memang dari dulu lagi sangat dicintainya.

 

“Abang, eyra nak abang berjanji kalau eyra dah tiada nanti, eyra harap abang akan jaga anak kita  sebaik-baiknya, rawatlah dan berilah kasih sayang yang secukupnya, eyra tak nak anak kita merasa kekosongan kerana kurang kasih sayang seorang ibu, tapi kalau abang nak cari penganti eyra, eyra tak menghalang abang sebab eyra tahu abang perlukan sokongan seorang isteri apatah lagi seorang ibu kepada anak kita,”  kenapalah ? di saat ini hati eyra begitu menderita namun aku tidak boleh begitu lemah didepan insan yang dicintainya, dia mesti tabah agar suaminya tak kan merasa goyah melihat dirinya dalam keadaan tak menentu.

 

“Abang boleh tak tolong panggilkan hanis ?, eyra ada sesuatu yang nak cakap pada hanis, boleh tak abang panggilkan  hanis ?”. 


Ketika ini eyra tak dapat menahan kesakitan yang teramat sangat, mungkin dah tiba masanya untuk dia dibedah dan kemungkinan besar peluang Cuma 20 peratus saja untuk dirinya dan juga bayi yang dikandungnya.dia terpaksa dibedah kerana penyakit kanser pangkal rahim yang dihidapinya sekarang.


Betapa ngerinya dirinya bila mendengar doktor memberitahu bahawa dia tidak boleh meneruskan kandungannya kerana ia menghidapi penyakit barah pangkal rahim, bayinya terpaksa digugurkan sewaktu kandungannya mencecah 12 minggu namun eyra tidak sanggup mengugurkannya, dia sanggup berkorban agar anak yang dikandungnya selamat, dia tidak menghiraukan keadaan kesihatannya, dia sanggup berkorban demi suami dan anaknya.


Namun akhirnya dia dapat bertahan hinggalah usia kandungannya mencecah 7 bulan, ya Allah selamatkanlah anak yang ku kandung, biarlah aku saja yang ENGKAU ambil, janganlah ambil anak ku.

 

“Hanis ! eyra nak jumpa”, dengan nada perlahan hasrul memanggil hanis.

 

“Eyra kau tak apa-apa kan eyra, aku risau tengok kau nih, kenapalah kau buat keputusan ini tanpa berbincang dengan hasrul , sampai tahap begini pun kau masih nak berahsia”. Hanis merasa kecewa dengan keputusan yang eyra telah buat.

 

“Tak apalah hanis,  dah memang nasib aku begini tapi aku tak pernah kecewa mahupun menyesal di atas apa yang telah berlaku dan aku telah menerimanya dengan hati yang tenang. Balas eyra.



“Sekarang nih aku tengah risaukan hasrul, aku tak nak dia  dia risaukan aku, kau tolonglah pujuk dia hanis, hanya kaulah satunya kawan aku yang boleh aku harapkan”. Eyra memohon hanis agar menolongnya memujuk hati suaminya ketika ini.

 

“InsyaAllah eyra”, balas hanis.

 

“Hanis seandainya sesuatu perkara buruk berlaku pada eyra, eyra nak hanis berjanji akan menolong dan membantu menjaga hasrul dan baby kami, eyra berharap sangat agar hanis bisa memberi tempat untuk berteduh dan juga kasih sayang yang tak akan dapat eyra berikan setelah pemergian eyra nanti”, eyra merasakan yang dirinya tidak ada masa lagi untuk lebih lama lagi kat dunia ini, namun dia berharap agar dapat diberikan kesempatan untuk melihat bayinya sebelum dia pergi untuk selamanya.

 

“Apa yang eyra meleter nih, janganlah difikirkan perkara yang negatif tuh, bawalah mengucap, insyaAllah tiada perkara yang buruk akan berlaku”, hanis cuba untuk mententeramkan hati kawannya tuh agar tidak mengharapkan sesuatu yang tidak baik berlaku.



Tiba-tiba eyra mengadu kesakitan, “ hanis tolong aku hanis?, aku tak boleh nak bertahan lagi, boleh tak kau tolong panggilkan doktor ? dan sebelum itu aku nak kau berjanji akan menjaga hasrul untuk aku”, nafas eyra tersekat-sekat dan meraskan pandangannya semakin kabur. Ya Allah berikanlah aku sedikit masa lagi untuk aku melihat permata yang selama ini dijaganya dengan penuh kasih dan sayang.

 

“Hasrul !, eyra sakit lagi, dia suruh kita panggilkan doktor, dan aku rasa mungkin dah tiba saatnya untuk dia…, tapi mengapa lidah ku kelu seolah tidak dapat berkata-kata lagi dan dia tahu apa yang akan berlaku bila melihat renungan mata eyra terhadapnya namun tak sampai hati untuk dia berterus terang terhadap hasrul, apatah lagi bila melihat jay yang duduk termenung menunggu eyra dengan penuh gelisah membuat hatinya begitu sedih melihat insan yang pernah bertakhta dihatinya menghadapi cobaan yang amat berat.

Ya Allah bantulah dia untuk menghadapi segala dugaan yang ENGKAU berikan, jangan sampai dia hilang arah tujuaan.



****



Hanis merenung gambar eyra, teman baiknya yang telah pergi jauh dari hidupnya. Maafkan aku eyra aku tidak dapat menjaga dan merawat hasrul bagi pihak mu, maafkan aku sekali lagi. Terasa hiba dihatinya bila teringatkan pesanan eyra kepadanya, bukan dia tak mahu tapi hasrul seolah-olah menghindarkan diri darinya. Mungkin itu lebih baik di antara mereka, semoga hasrul berbahagia selalu bersama buah hati kalian, kan eyra, tersentuh hatinya tiba-tiba bila teringat kawannya tuh. Hari-hari yang dilalui seakan sepi tanpa teman disisinya namun itu tidak menghalangnya dari mengejar kebahagian untuk dirinya sendiri.

 

Genap setahun eyra telah meninggalkannya untuk selamanya, dia masih  seperti selalu, sentiasa sibuk melayan kerenah puteri kesayangannya Salina khalisah, wajahnya seiras dengan wajah eyra, dengan senyuman yang sentiasa terukir dibibir membuat hasrul teringat pada eyra.

 

Namun setiap kenangan itu sentiasa bermain di kotak fikirannya sekarang ini, menyapa setiap kerinduan yang terbuku dihatinya selama ini, seolah-olah hatinya telah terkunci untuk selamanya.



Tuhan berilah aku kesempatan dan izinkan aku untuk mencintainya walaupun dia telah jauh dari hidupku namun bila waktu ku telah habis untuk mencintainya, biarkanlah cinta untuk hidup sekali ini saja  dan janganlah hilangkan rasa-rasa cinta ini walaupun antara kami terpisah jauh.



Aku lelaki punya cinta di hati, terkadang jatuh dan tersungkur namun cintaku milikmu selamanya.

Cinta

Cinta pertama adalah kenangan, Cinta kedua adalah pelajaran, dan cinta yang seterusnya adalah satu keperluan karena hidup tanpa cinta bagaikan masakan tanpa garam. Karena itu jagalah cinta yang dianugerahkan itu sebaik-baiknya agar ia terus mekar dan wangi sepanjang musim.

Cinta ku

saya mencintai mu, bukan kerana siapa diri mu sebenar tetapi siapa aku yang sebenar apabila bersama dengan mu…

Rasa Cinta

“Cinta adalah kekuatan, yang mampu mengubah duri jadi mawar, mengubah cuka jadi anggur, mengubah sedih jadi riang, mengubah amarah jadi ramah, mengubah musibah jadi muhibbah, itulah cinta…”

Cinta dari segi bahasanya adalah kasih sayang. Cinta dan mencintai adalah satu fitrah insaniah yang memang lahir dari sanubari setiap yang bergelar manusia. Tetapi sejauh manakah kita memahami maksud cinta dalam erti kata yang sebenar.

Cinta itu sebenarnya indah apabila kita meletakkan cinta itu pada tempatnya. Maksudku adalah cinta yang Allah redha. Mesti kita tidak mahu untuk membawa si dia membawanya ke neraka. kerana cinta itu sendiri satu istilah yang dipenuhi dengan kasih sayang. masakan ingin membawanya kepada sesuatu yang buruk.

Tidak inginkah membawa Si Dia ke syurga?Syurga yang penuh dengan nilai cinta dan keindahan

Mari kita bertadabbur sebentar di dalam surah al-waqiah,

“Mereka itulah orang yang didekatkan (kepada Allah). Berada dalam syurga kenikmatan. Segolongan besar dari orang-orang yang terdahulu, dan segolongan kecil dari orang-orang yang kemudian. Mereka berada di atas dipan yang bertahtahkan emas dan permata, seraya bertelekan di atasnya berhadap-hadapan. Mereka dikelilingi anak-anak muda yang tetap muda, dengan membawa gelas, cerek dan sloki (piala) berisi minuman yang diambil dari air yang mengalir. Mereka tidak pening kerananya dan tidak pula mabuk, dan buah-buahan dari apa yang mereka pilih, dan daging burung dari apa yang mereka inginkan. Dan (di dalam syurga itu) ada bidadari-bidadari yang bermata jeli, laksana mutiara yang tersimpan baik. Sebagai balasan bagi apa yang telah mereka kerjakan. Mereka tidak mendengar di dalamnya perkataan yang sia-sia dan tidak pula perkataan yang menimbulkan dosa, akan tetapi mereka mendengar ucapan salam.” (Surah Al-Waqiah ayat 11-26)

Bila membaca ayat surah waqiah itu, indahnya syurga, tidak dapat dibayangkan di fikiran betapa hebatnya syurga, jika benar-benar aku ingin untuk membawa si dia ke syurga, jadi jalannya mesti dengan jalan yang Allah redha.

Caranya adalah jumpa walinya dan menikah. Kerana itulah satu-satunya jalan yang Allah redha.

Ya! InsyaAllah , aku juga sedang merancang, tetapi kita manusia ini hanya mampu merancang, hakikatnya Allah swt-lah yang menentukan.

Cinta? Kasih? bawalah dia ke syurga.

Jaga hati. jaga pandangan. jagalah dari perkara yang Allah larang.

WANITA

Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana, Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama. Tiada siapa yang akan boleh merampasnya, Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri.

Wanita, peliharalah dirimu. - Puteriku sayang

W-Wanita
A-Akan
N-Nampak
I-Indah
T-Tutup
A-Aurat

1,2,3,4,5,6 dan 7 dlm sebuah kehidupan…

Tuhan aturkan antara kita 1 PERTEMUAN, dalam 1 pertemuan ditetapkan 2 HATI..saya dan awak..dalam 2 hati Tuhan berikan 3 RASA„sayang,kasih dan cinta..dalam 3 rasa diselitkan 4 TUJUAN. Berkenalan,berteman,bersama,memerlukan..dalam 4 tujuan tersembunyi 5 PERKATAAN„teman baik selalu di sisi..dalam 5 perkataan tersembunyi 6 IMPIAN iaitu sayang,setia,jujur,mengerti,menghargai dan mengingati..dan dalam 6 impian tersebut tersimpul 7 HURUF iaitu„KEKASIH..

dia bkn yg pertama tp mungkin dia yg terakhir…

dia bkn yg pertama tp mungkin dia yg terakhir…